Tuesday, November 23, 2010

Manfaat Kasihi Haiwan...

Seronoknya tatkala pulang dari penat bekerja, ketiga-tiga ekor kucing (mimiey,baby dan kecik) menyambut di depan pintu rumah sejurus aku membuka pintu.. melihat keceriaan dan nakal mereka bertiga terlentok-lentok di atas lantai sedikit sebanyak menghilangkan rasa penat seharian di tempat kerja... seronok sungguh...

bagi yang tidak pernah memiliki atau membela haiwan peliharaan, mungkin tidak tahu kegembiraan yang di rasai manusia seperti aku. tahukah korang, haiwan peliharaan adalah peransang emosi positif semula jadi dengan menghabiskan masa selama 15 minit sehingga 30 minit berjalan di taman bersama kucing, atau sekadar melihat ikan berenang, paras hormon berkaitan tekanan akan menjadi rendah. pada masa yang sama paras hormon serotonin yang penting untuk kesihatan pula meningkat.

Kajian pada 1999 yang disiarkan dalam jurnal Geriatrik Amerika mendapati, individu yang tinggal bersendirian bertemankan haiwan peliharaan mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental lebih baik berbanding individu yang tinggal tanpa haiwan peliharaan. Mereka didapati lebih sihat, aktif dan dapat menangani tekanan dengan lebih baik.

Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Semua orang sudah sedia maklum yang haiwan peliharaan seperti kucing perlukan banyak aktiviti cergas (sifat semula jadi haiwan) dan antara cara untuk memenuhi keprluan itu adalah dengan membawa haiwan berjalan atau bersenam atau setidak-tidaknya bermain dengan mereka.

Walaupun dianggap remeh, aktiviti sebegini sebenarnya memberi manfaat yang berguna kepada kita kerana secara tidak langsung menggalakkan kita bersenam bersama haiwan biarpun hanya berjalan.

Namun begitu, tahukan korang berjalan adalah senaman paling mudah dan murah tetapi memberi kesan besar terhadap peningkatan tahap kesihatan jika ia dilakukan 20 hingga 30 minit setiap hari sekurang-kurangnya 4 atau 5 kali seminggu.

Selain meningkatkan tahap kecergasan, ia membantu mengurangkan berat badan dan memudahkan kawalan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan diabetes .

No comments:

Post a Comment