Entry kali ni saya nak kongsi kan pengalaman saya bersama keluarga ke Genting Highland.
Tempat menarik di tengah kesibukan kota. Sebelum ni, saya pernah pergi bersama saudara sekitar tahun 2006 . Banyak betol perbezaan dulu dan kini.. Apa pun kami tetap enjoy!!
Genting Highland sangat dekat jika anda berada di Rawang, Selangor. Atau sempadan Pahang-Kuala Lumpur . Saya dari Rawang. Cost nak ke sana tak banyak, tuang minyak full tank cukup pergi balik. Kereta kena dalam keadaan baik sebab nak mendaki bukit. Sebelom sampai ke puncak kami sempat singgah di air terjun kaki bukit terletak di sebelah kiri perjalan anda ke Genting. Bawa bekal dari rumah masak sedap-sedap makan je kat situ. Menikmati pemandangan indah air sungai mengalir di celah-celah batu sangat menyeronokkan.
*** gambar kami di air terjun...
Selesai menikmati makan tengahari kami teruskan perjalan ke puncak genting. Pergi secara santai tak perlu rushing sangat. Banyak kereta tapi tak sesak sangat pon, bukan musim cuti sekolah. Kami pergi cuti Krismas 25/12/2013 (hari Rabu) dalam kenangan.
Semasa dalam perjalanan , pemandangan indah bakal anda nikmati. Kami tak lepaskan peluang untuk berhenti sekejap mengambil gambar dan menikamati udara segar di setiap tempat sepanjang perjalanan ke puncak.
Dah nak sampai dah.. sepanjang perjalanan ada juga kami lihat family yang berpicnic , siap berBBQ lagi uall.. apa lagi, plan lar...
yang sedihnya , suhu dah tak sejuk macam dulu (saya kan pernah pergi tahun 2006) . Kabus pun tak banyak, bak kata suami saya " macam pasang aircond kat bilik je..". Bila dah sampai atas, keadaan agak kelam kabut. Pihak Pengurusan tengah renovate , mungkin nak buat tempat baru, taman tema baru.. agaknya larrr...
dah sapai atas kami ke taman cendawan... sebab dulu saya ke sana. konon nya tak tengok cendawan lar.. tapi,
** tengok suami saya dah macam beruang tu suka betol dia.. ' beruang yang teman saya setiap malam' hehehe
selesai kami kt sini tiada tempat kami nak tuju lagi. dalam taman tema sana banyak permainan, tapi sebab nak save kami tak lah pegi main... masa kami pergi ni pon tutup hahaha tengah renovate. lagi suggestion kami bagi , korang boleh lar naik kereta cable untuk ke atas. nikmatilah pemandangan indah alam semuala jadi. Tapi saya takot!!! so scary... Rm6 je per person.
ini sahaja untuk coretan kali ini.
** KITA ENJOY**
No comments:
Post a Comment