Tuesday, November 23, 2010

Manfaat Kasihi Haiwan...

Seronoknya tatkala pulang dari penat bekerja, ketiga-tiga ekor kucing (mimiey,baby dan kecik) menyambut di depan pintu rumah sejurus aku membuka pintu.. melihat keceriaan dan nakal mereka bertiga terlentok-lentok di atas lantai sedikit sebanyak menghilangkan rasa penat seharian di tempat kerja... seronok sungguh...

bagi yang tidak pernah memiliki atau membela haiwan peliharaan, mungkin tidak tahu kegembiraan yang di rasai manusia seperti aku. tahukah korang, haiwan peliharaan adalah peransang emosi positif semula jadi dengan menghabiskan masa selama 15 minit sehingga 30 minit berjalan di taman bersama kucing, atau sekadar melihat ikan berenang, paras hormon berkaitan tekanan akan menjadi rendah. pada masa yang sama paras hormon serotonin yang penting untuk kesihatan pula meningkat.

Kajian pada 1999 yang disiarkan dalam jurnal Geriatrik Amerika mendapati, individu yang tinggal bersendirian bertemankan haiwan peliharaan mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental lebih baik berbanding individu yang tinggal tanpa haiwan peliharaan. Mereka didapati lebih sihat, aktif dan dapat menangani tekanan dengan lebih baik.

Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Semua orang sudah sedia maklum yang haiwan peliharaan seperti kucing perlukan banyak aktiviti cergas (sifat semula jadi haiwan) dan antara cara untuk memenuhi keprluan itu adalah dengan membawa haiwan berjalan atau bersenam atau setidak-tidaknya bermain dengan mereka.

Walaupun dianggap remeh, aktiviti sebegini sebenarnya memberi manfaat yang berguna kepada kita kerana secara tidak langsung menggalakkan kita bersenam bersama haiwan biarpun hanya berjalan.

Namun begitu, tahukan korang berjalan adalah senaman paling mudah dan murah tetapi memberi kesan besar terhadap peningkatan tahap kesihatan jika ia dilakukan 20 hingga 30 minit setiap hari sekurang-kurangnya 4 atau 5 kali seminggu.

Selain meningkatkan tahap kecergasan, ia membantu mengurangkan berat badan dan memudahkan kawalan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan diabetes .

Wednesday, September 22, 2010

13 CARA JADI PASANGAN ROMANTIK

Hendak jadi pasangan romantik sebenarnya tidaklah sesukar mana. Tapi, semua itu perlukan kesungguhan. Amalkanlah 13 cara ini jika ingin hidup bahagia.

1.Ucapkan “I Love U”, sekurang-kurangnya sekali sehari. Ketahuilah bahawa pasangan anda memang perlu mendengarnya selalu.

2.Ciuman dan pelukan setiap kali ingin berpisah dan bertemu kembali. Hadiahkanlah si dia pelukan dan ciuman buat si dia ketika mahu ke tempat kerja dan setelah pulang ke rumah.

3.Layanilah pasangan anda seperti anda melayannya ketika sedang asyik bercinta dahulu. Perbetulkan kedudukan tali lehernya sebelum dia ke pejabat dan berpegangan tangan sentiasa walau ke mana pun anda berdua pergi.

4.Janganlah terlalu cerewet. Biarkan sahaja tabiat buruknya selagi tabiat tersebut tidak mengganggu hubungan anda berdua. Dari semasa ke semasa berusahalah untuk menghilangkan tabiat yang tidak anda gemari itu. Cubalah sedikit demi sedikit agar si dia tidak terasa. Berkat kesungguhan, kejayaan pasti menjadi milik anda.

5.Sentiasa berfikiran positif. Daripada terlalu memikirkan perkara-perkara remeh tentang si dia yang kurang anda gemari lebih baik anda tumpukan kepada kelebihan serta kebaikan si dia. Dengan cara ini, anda akan lebih menyayanginya adan begitu juga sebaliknya.

6.Jika sedang marah, jangan sesekali cuba bercakap dengannya. Tinggalkan sebentar si dia sambil anda tenangkan fikiran. Berbincang ketika marah hanya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh yang demikian, setiap kali anda rasa marah dengannya, ambil masa beberapa minit untuk keluar daripada perbincangan tersebut dan kembali setelah perasaan anda kembali tenang.

7.Jangan sesekali menggunakan kelemahannya sebagai senjata untuk menentang mereka. Hal ini akan membuatkan si dia tambah benci pada anda dan secara automatik kasih sayang antara anda berdua akan berkurangan dan lama-kelamaan akan hilang tanpa anda sedari.

8.Utamakan yang tersayang dalam apa-apa hal sekalipun. Misalnya jika anda perlukan teman untuk ke satu-satu tempat, ajaklah si dia dahulu sebelum anda mengajak rakan sepejabat.

9.Hormatilah pasangan anda. Jangan sesekali bongkar kelemahan si dia kepada rakan-rakan walau pun kepada rakan karib anda. Setiap kali berbual-bual dengan rakan-rakan tentang pasangan, sentiasalah katakan si dia adalah pilihan terbaik anda dan anda berdua saling sayang-menyayangi.

10.Sentiasa cara masa untuk bersama. Pastikan anda ada masa untuk bersamanya setiap hari. Lebih banyak masa dapat anda luangkan bersamanya, lebih erat hubungan anda berdua.

11.“Maafkan saya.” Jika bersalah, janganlah teragak-agak untuk meminta maaf. Namun, setiap kali anda meminta maaf setelah melakukan kesilapan, sematkan dalam diri itulah kali terakhir anda melakukannya. Mintalah maaf dengan bersungguh-sungguh dan berjanjilah pada si dia yang anda tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Ketika meminta maaf jangan sesekali gunakan perkataan ‘tapi’ misalnya, “Saya minta maaf tapi ...” Hal ini kerana perkataan ‘tapi’ hanya akan membuat si dia berfikir dua kali untuk memaafkan anda.

12.Pujilah si dia selalu. Manusia tidak kira tua ataupun muda memang suka dipuji. Kata-kata pujian pada pasangan akan membakar semangatnya untuk sentiasa bersama anda.

13.Jika anda sering mengucapkan terima kasih pada juruwang, pemandu teksi, pelayan restoran apa kata kalau anda teruskan amalan berterima kasih ini pada pasangan. Tentu si dia akan rasa anda lebih menghormatinya

PANDUAN BAJET BUAT PENGANTIN!!!

Sebagai bakal pengantin, banyak perkara yang perlu dititik beratkan, antara perkara yang paling utama ialah bajet perkahwinan itu sendiri. Jika anda baru sahaja bekerja dan mempunyai bajet yang agak terhad, sesuaikan dengan kemampuan, jangan terlalu mengikut nafsu dengan mengutamakan perkara-perkara yang mewah tanpa mengambil kira aspek kewangan. Di sini dinyatakan beberapa panduan untuk bakal pengantin seperti anda melaksanakan bajet perkahwinan yang sederhana tetapi meriah memenuhi kepuasan segenap pihak.

♥ Tarikh
Selepas bersetuju untuk hidup bersama, cari tarikh yang sesuai yang cukup untuk anda dan pasangan mengumpul duit bagi menempuh majlis perkahwinan yang tentunya memakan belanja yang agak besar. (sekurang-kurangnya setahun, tempoh masa yang sesuai untuk mengumpul perbelanjaan).

♥ Lokasi
Terpulang kepada kemampuan anda dan keluarga. Jika bajet ''besar'' mungkin boleh mengadakan majlis perkahwinan di hotel atau kelab yang eksklusif tetapi jika bajet hanya sederhana sahaja, sebaik-baiknya adakan majlis perkahwinan di rumah atau dewan yang harganya berpatutan.

♥ Mas kahwin & wang hantaran
Mas kahwin adalah mengikut kadar yang telah ditetapkan di negeri masing-masing manakala wang hantaran ditetapkan oleh pihak keluarga perempuan. Namun sebaik-baiknya, berbincang dan ikutlah kemampuan pengantin lelaki. Jangan terlalu mahal kerana ini akan melambatkan perkahwinan yang suci ini.

♥ Cincin perkahwinan
Berpakatlah dengan pasangan anda untuk memilih cincin mengikut kemampuan dan tidak salah untuk memilih cincin emas kuning jika itu yang termampu oleh pasangan. Jangan pula memaksa untuk mendapatkan cincin berlian semata-mata mahukan kehendak anda dipenuhi!

♥ Baju bersanding
Biasanya baju pengantin untuk majlis bersanding hanya dipakai sekali sahaja. Oleh itu adalah tidak munasabah untuk anda membeli dan menjadikannya sebagai koleksi peribadi. Sebaik- baiknya sewa dan pilih beberapa pasang lagi yang boleh dijadikan baju untuk bertandang.

♥ Pelamin
Buat tinjauan dari pelbagai butik dan sesuaikan dengan bajet anda. Jika anda bernasib baik, mungkin akan mendapat harga yang lebih murah dari yang berada di pasaran.

♥ Bunga telur / cenderahati
Buat sendiri akan menjimatkan kos yang sedia ada. Tidak terlalu susah jika ada usaha dan kemampuan. Lihat sahaja majalah Pesona Pengantin dan cuba sesuaikan dengan cita rasa anda sendiri. Bayangkan jika anda melakukan sendiri cenderahati dalam jumlah yang besar seperti 1000 biji. Sudah tentu jumlah ringgit yang akan dijimatkan juga agak banyak.

♥ Solekan dan dandanan
Jika anda hanya mengambil pakej solekan dan dandanan sahaja, sudah tentunya harganya agak mahal, apa kata anda rangkumi dengan pakej pelamin, alas dulang, dulang hantaran, baju bersanding dan aksesori. Sudah tentu pakej yang ditawarkan juga menepati bajet anda.

♥ Foto & video
Utamakan bajet untuk gambar dan rakaman majlis perkahwinan anda kerana ia hanya akan berlangsung sekali seumur hidup sahaja. Pastikan anda memilih jurugambar yang tepat supaya dapat merakamkan saat manis anda berdua. Jika tidak mampu untuk mengupah juruvideo profesional, minta pertolongan dari rakan-rakan untuk merakamkan saat manis ini.

♥ Katering & kanopi
Pastikan anda memastikan jumlah makanan yang dihidangkan melebihi jumlah tetamu yang dijemput. Bimbang jika makanan yang dihidangkan tidak mencukupi. Jadi buat pengiraan kasar berapa ringgit untuk satu kepala dan berapa jumlah kanopi yang diperlukan bagi menampung kehadiran tetamu.

♥ Kad jemputan
Tidak perlu kad jemputan yang mahal atau berhelai-helai panjangnya semata-mata untuk menjemput tetamu. Anda boleh menggunakan kreativiti dengan mereka dan mencetak kad jemputan sendiri.

♥ Barang hantaran
Tiada istilah minimum atau maksimun dalam menghadiahkan barang hantaran kepada pasangan masing-masing. Namun jika kurang berkemampuan, anda boleh menyediakannya dalam balasan yang sederhana seperti tujuh dulang berbalas sembilan dulang hantaran. Yang penting ialah setiap barangan boleh digunakan selepas majlis perkahwinan itu sendiri.

♥ Kompang
Terpulang, jika anda merasakan bajet sudah berlebihan, pasang sahaja kaset dan ini sudah merangkumi kemeriahan majlis.

CONTACT
RARA : 0176912714
EMAIL : saifieracollection@gmail.com

** kami menyediakan tempahan cenderahati (doorgift) murah untuk minimumkan budget anda.  hubungi segera untuk tempahan. MACAM-MACAM ADA!!!

Thursday, July 15, 2010

Erti Persahabatan

sahabat,
bila bersendirian kita rasa bosan,
kita cuba mencari seseorang dan alhamdulillah kita jumpa kawan..
di mana sahaja kita berada pasti kita ada teman,
tetapi siapa tahu satu hari teman yang kita sayang tidak pernah mengenang apa itu pengorbanan.

sahabat,
ramai insan inginkan dirinya di gelar sahabat, tetapi ramai juga yang tidak tahu apa erti sebenar persahatan..
butakah hati kalian wahai sahabat untuk menilai segenap apa yang telah sahabat kalian korbankan??

sahabat,
sesungguhnya suatu hari akan ada pembalasan di atas setiap apa yang kita lakukan,
oleh yang demikian waspada lah agar kita tidak dihukum atas perbuatan kita..

KENANGLAH ERTI PERSAHABATAN...

Aku Ingin Kau Selalu Bersamaku Sayang....

coretan ini khas buat teman yang teramat istimewa buat ku...

sayang,
tiap hari ku inginkan kau mendampingi ku..
memeluk tubuh, mencium pipi..
tapi aku tahu betapa engkau sibuk dengan kerjaya mu sehinggakan separuh dari masa mu tidak dapat kau berikan padaku..
apakan daya, aku terpaksa menerima keputusan mu..
aku di ajar memahami diri mu..
memahami setiap apa yang kau lakukan kerana bila dipersoalkan kau kata ini semua untuk ku..

sayang,
ketahuilah betapa aku sangat menyayangi dan mencintai diri mu..
bahkan sayang ku kepadamu melebihi dari segala yang ada padaku..
tidak pernah sekali pun aku terfikir mengusir mu jauh dari lubuk hati ku..

sayang,
pertemuan antara kita berdua adalah satu pertemuan yang sangat membahagiakan aku..
kau menjaga, mengambil berat dan bertanggungjawab ke atas diri ku..
aku sangat terhutang budi kepada mu..
hanya ALLAH s.w.t yang maha berkuasa sahaja yang dapat membalas segala jasa dan pengorbanan mu terhadap ku...

sayang,

AKU CINTA PADAMU!!!
norsaiful kamarul yusoff